Join This Site

Friday, 14 June 2013

Abang Pilot Part 2



Salam and hi ! Part 2. Sorry, rasa macam tulis cerita ni dengan agak merapu. Hohoho. Cerita ni tak banyak part in shaa Allah. Not suppose to be more than 10 chunks  =) and about the previous post sorry if my statement offended anyone but it didnt mean to do that. Not gonna re-write to explain about it over n over again - had explained it in the prev entry.Enjoy this bit Part 2 :)


Part 2


“ Ya, Allah. Lea…. ! ”

Tak  sempat  tubuh  Lea  jatuh  mencecah  lantai  bumi, tangan  ini  lebih  dulu  menyambut  tubuhnya. Kaget  juga  aku, dah  lah  anak  dara  orang. Tubuh  Lea  aku  cempung  cepat-cepat. Mata  pandang  kiri  kanan. Bersalah  juga  rasa  main  cempung  anak  dara  orang  macam  ni. Bini  orang  pun  bukan  aku  tahu.

“ Lea… ” Nama  Lea  aku  panggil  lagi. Harapkan  dia  bangun, tapi  tetap  kaku  macam  tadi. Nasiblah  tak  berat  sangat. Nak  kata  ringan  tu  taklah. Adalah  dalam  50 -55 kg juga  ni. Angkat  berat  pun  15  kg  je  maksimum. 

Tapi  kenapa  si  Lea  pula  yang  pengsan ?

Tadi  aku. Elok-elok  angin  berhembus  ke  arah  kami  buatkan  aku  menggigil  kesejukan. Bukan  setakat  sebab  kesejukan, gigil  sebab  takut  dengan  peristiwa  tadi  pun  ada.  Tak  sedap  hati  lah  pula  rasanya. Nafas  aku  tarik  dalam  sebelum  cepat-cepat  aku  melangkah  ke  chalet. Nasiblah  chalet  dah  tak  jauh. Lalu  kawasan  restoran  ada  beberapa  orang  pekerja  dan  pelanggan  yang  masih  enak  bersantai  sambil  makan. Sekitar  restoran  yang  agak  cerah  membuatkan  pelanggan  restoran  dapat  melihat  aku  dan  Lea  yang  berjalan  di  tepi  restoran. 




“ Romantiknya…”

Bahang  rasa  muka  bila  dua  orang  perempuan  muda  yang  bertembung  dengan  aku  yang  elok  mencempung  Lea  terang-terang  berbisik  sambil  memuji. Mata  jeling-jeling  memandang  kami. Nak  tak  nak  buat  bodoh  ajelah, walhal  dalam  hati  boleh  tahan  malunya.


Sampai  di  chalet, terkial-kial  aku  nak  buka  pintu. Dengan  Lea  dicempung  dengan  kedua-dua  belah  tangan, dan  kunci  yang  sedari  tak  masuk-masuk  dalam  tombol  pintu. Hangin  juga  aku, kalau  macam  ni  lah  gayanya. 
Keluarga  yang  tinggal  di  chalet  sebelah  dah  pandang-pandang. Kalau  tadi  macam  aksi  romantic, sekarang  dah  macam  penyangak  yang  larikan  anak  dara  orang. Lelaki  seusia  ayah  aku  yang  tinggal  di  chalet  sempat  menegur, " Owh, datang  dengan  isteri  tadi... tak  perasan  pak cik ! "

" Err... haa.... " Tersengih-sengih  aku  cover  line. Dapat  je  buka  pintu  terus  badan  Lea  aku  letakkan  atas  sofa. 

Apa nak  dibuat  dengan  minah  ni ? Parah  betul. Badan  Lea  aku  perhatikan..dengan  pakaian  basah  dan  melekat  di  badan…Isk…rasa  macam  tak  sedap  hati  je. Aku  ni  lelaki, antara  cik  ponti  dengan  suara  cik  syaitan, suara  cik  syaitan  lagi  menggerunkan. Terus  aku  ke  dapur, ambil  air  segelas  sebelum  kembali  ke  sisi  Lea. Wajahnya  aku  renjis  dengan  air  sambil  tiup-tiup  dengan  ayat  Kursi  dan  3  kul.

“ Lea…bangun. Lea…! ” Bahu dia  aku  goncangkan  sedikit.

“ Hmmm…. ” terpisat-pisat  si  Lea  membuka  mata. Nampak  mencerlung  dan  terkejut  sebelum  tangkas  dia  bangun. “ Zahid ! ”

Terkejut  sangat  nampak  muka  si  Lea  ni… Aku  telan  liur. Janganlah  Lea  cerita  yang  dia  nampak  benda-benda  halus. Tambah  seriau  aku. 

“ Awak  okay  Lea ? ”

Tangan  aku  pula  yang  Lea  pegang. Erat. Tangan  yang  sejuk….Macam  tangan  Pontianak  tadi…Terngiang-ngiang  suara  si  Ponti  yang  mengusap  leher  aku  tadi..Gigil  serta  merta.

“ Zahid…! ” bulat  mata  si  Lea.  Tangan  aku  dipegangnya  semakin  kemas. Huh, sudah…! Entah…entah  Lea  ni  jelmaan ponti  tadi ? Aku  ketap  bibir. Dada  berdebar  habis. Dalam  hati  tak  payah  ceritalah, macam-macam  ayat  Quran  aku  tengah  baca.

“ Zahid…. Saya  tidur  sini  boleh ? ” cemas  suara  Lea. Makin  berkerut  dahi  aku.

“ Kenapa  ni  Lea ? ” sehabis  daya  aku  buat  muka  cool. Cool  lah  sangat, dalam  hati, Ya  Allah! Perasaannya  macam  masa  pertama  kali  pandu  kapal  terbang  dulu.

“ Saya…”  dengan  mata  yang  bundar, terjegil  memandang  sekeliling  bagaikan  mencari  sesuatu… Debaran  di  dada  aku  makin  kuat. Nak  bangun  larikan  diri  dari  si  Lea  ni, hilang  pula  macho  aku. 

Lea  menghela  nafas  lega  sebelum  kembali  bersuara. “ Saya  rasa  elok  awak  tak  payah  tahu  lagi. Esok  pagi  saya  cerita. ”

Gila  psiko  minah  ni. Pandang  kiri  kanan, atas  bawah  macam  apa  je… Nak  tak  nak  tergaru  juga  kepala  aku. Nak  abaikan ? Perempuan…. Aku  diam. Lama. Boleh  percaya  ke  minah  ni ? Tiba-tiba  je  muncul  tepi  laut  pula  tu… Aish…

“ Please… ” Dia  masih  memandang  dengan  mata  berharap. Mata  bundar  besar  yang  merenung  dalam. Bagaikan  merayu. Hisk, perempuan ni…

“ Okay. ”

Okay ? Aku  ke  yang  jawab  tu ? Apa  kebenda  yang  aku   buat  ni ? Kes  hati  parah  pun  tak  selesai  lagi, nak  tambah  satu  lagi  masalah  pula  Zahid ?

 “ Alhamdulillah… ”

Lea  senyum  lebar.

“ Thank  you  Zahid ! A  lots. ”

“ Err….ermm  yeah… not  a  problem.. ” lambat-lambat  suara  keluar. Terpegun  juga  bila  minah  mata  bundar, kulit  kuning  langsat  dengan  rambut  lurus  lembut  macam  ni  buat  muka  comel  tengah-tengah  malam  begini. Dalam  tak  sedar  aku  telan  liur  juga. “ Lea, awak  pergi  mandi  dulu. Salin  baju. Dah  basah  tu. ”

Terus  aku  bangun. Menjarakkan  kedudukan  kami. Dia  nampak  kaget  bila  memandang  dirinya  sendiri. Laju-laju  tangannya  menutup  di  bahagian  dada. Merah  membahang  wajah  si  Lea. Aku  sorokkan  senyum. Baru  perasanlah  tu. Bahaya  betul  perempuan  ni…. Percaya  sangat  dengan  lelaki, apa  yang  dia  takut  sangat  kat  luar  tu ?

Cik  ponti ?

Hmmm aku  pula  yang  seriau. Meremang  bulu  roma  sekali  lagi. Terngiang-ngiang  suara  si  ponti  tadi. Dengan  gemersik  alunan  ombak…dan  angin  malam  yang  berhembus… yang  paling  menggerunkan  tangannya  yang  sejuk  mengusap  di  leher  tadi. Menggeletar  sekali  lagi  rasa  badan  ni. Sah  malam  ni  kena  pasang  surah  Yaasin  kuat-kuat. Biarlah  jiran  kata  buang  tebiat  pun,ada  aku  kisah ?

“ Lea, kenapa  awak  pengsan  tadi ? ” Soal  aku  pada  Lea  sambil  tangan  menghulurkan  tuala  yang  terlipat  di  atas  kabinet  kepadanya. Tuala  yang  disediakan  oleh  pihak  chalet  ada  dua.

“ Owh…Ermm… ” liar  mata  si  Lea  memandang  sekeliling. Wajahnya  kembali  pucat. Cepat-cepat  dia  datang  mendekati  aku. Sah, ada  kaitan  dengan  si  Ponti  tadi ! Sebelum  dia  buka  mulut  terus  aku  cantas. Dah  tak  sanggup  nak  dengar  pasal  Cik  Ponti  sekali  lagi.

“ Hahaa.. tak  apalah, tak  payah  cerita. Awak  mesti  pengsan  sebab  penat  tarik  saya  dari  lautan  tadi  kan ? ” aku  buat-buat  ketawa. Menutup  gundah  di  hati. “ Dah, awak  pergi  mandi. Lepas  ni  saya  nak  mandi  pula. Dah  melekit  badan  ni  kena  air  garam.”

Dia  senyum  sipi  sambil  tunduk  perlahan.

“ Ya  lah.. Thanks. Erm…baju…awak  ada ? Baju  lebih ? ”

“ Owh… ” nak  kongsi  baju  dengan  dia  ke ? Ni  dah  lebih  dari  kekasih  aku  ni. Kepala  yang  tak  gatal  aku  garu.  “ Err…ada…Nanti  saya  ambilkan. Bilik  mandi  dalam  bilik  tidur  ni… ”

“ Awak  letak  atas  katil. Nanti  awak  keluar, saya  masuk.”

Lea  tunggu  depan  pintu  bilik. Macam  tak  berani  nak  tinggal  sorang-sorang  di  ruang  tamu. Boleh  tahan  juga  penakutnya  minah  ni. Baju  t-shirt  dengan  seluar  panjang  aku  keluarkan. Sah  meleret  dengan  si  Lea  ni. Nasiblah  takkan  nak  bagi  boxer  pula ? Atau  seluar  Bermuda. Gila  apa ?

“ Tu  baju. Saya  duduk  kat  ruang  tamu  ni. ”

“ Okay. ”

TV  aku  pasang. Terasa  ackward  bila  ada  perempuan  dalam  chalet  ni. Bekas  awek  sendiri  tak  pernah  pula  nak  duduk  dalam  satu  rumah  macam  ni, nak  kongsi  baju  seluar  pula  tu…apa  kes ? Dalam  elok  aku  bersandar  pada  kerusi  rotan  di  ruang  tamu  terus  aku  pandang  ke  arah  bilik  tidur. Betul  ke  Lea  ni  manusia  biasa ? Kalau  jelmaan  apa-apa  aku  juga  yang  susah. Perempuan  lain  takkanlah  sampai  nak  pasang  perangkap  untuk  diri  sendiri  sampai  nak  tidur  satu  rumah  dengan  lelaki  yang  tak  dikenali ?

Ke  sebab  aku  hot  stuff  sangat ? Hahaha  geli  hati  pula  rasa. 

Orang  kata  kalau  nak  tengok  betul  ke  tak,  kena  intai  kaki  dia  sambil  tunduk   bawah.



 *agak-agak abang pilot buat mcm ni tak nanti nak intai kaki Lea cecah lantai ke tak ?


Nanti  si  Lea  ni  keluar  aku  buat  macam  tu  lah. Naknya  kaki  dia  tak  cecah  lantai  nanti…mak  aih, haru  aku!Nasib  kaulah  Zahid...datang  nak  ubat  luka  dihati, masalah  lain  pula  yang  datang ! Bayang  Atilia  pun  dah  tak  muncul-muncul  lagi  dalam  ingatan  ni...Hmm...elok  juga  jadi  macam  ni.

 
p/s: have a good weekend ! Adios, esok nak ke Manchester, makan-makan and temankan kawan buat sesi 'approving and berkenalan' dengan bakal adik ipar mata biru. Hope he is a nice guy.I bet he is, but ma fren is freaking worried her sister is not choosing the right guy.lol. see ya next time guys, gotta tell ya about my current eye candy too.haha. OMG. I'm falling in love with a local Tea Shop owner, he is my age ! Own his own Tea Cafe with superb refreshing concept and also an architect. drool. will introduce u guys to this freaking awesome guy in my next entry. will do. will do.

Evexx


your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

Sunday, 9 June 2013

Six Pack. Picnic. Life in England

Salam alaikum !


Alhamdulillah, alhamdulillah and alhamdulillah, berkat doa semua thesis dah berjaya di submit Jumaat 7.6.13 =) Preparing for my VIVA. Owh saya di tahun pertama, bukan final VIVA lagi. Alhamdulillah juga result kajian so far showing a very prominent outcome, which make me feel so much better and its all from Allah. Ingat hari tu susah nak dapatkan data dari local shopping mall- tapi rupanya Allah nak temukan dengan penemuan yang lebih baik, alhamdulillah.

So dalam hidup ni, bila kita percaya setiap benda yang kita dah usaha habis daya tapi tak dapat, itu tandanya benda tu bukanlah yang terbaik untuk kita. pasti ada yang lain yg lebih baik yang Allah sedang aturkan untuk kita. in shaa Allah. tugas kita hanya usaha, doa, percaya dan teruskan mencari. Bila kita bertindak dalam surahan Dia barulah hikmah itu akan kita rasa, in shaa Allah.

And yeah with many of my friends going home for their summer vacation (budak2 undergraduate) yang dah layaknya jadi adik, we went for a British thingy yesterday. What else but sun bathing and picnic, plus dah weeks i quarantined myself, so need a fresh air lah !

Its a new place we discovered. Wowwie ! hehe. A very lovely one. Macam small scale hutan simpan ? Some what lah. With 17C weather...its considered as panas. Yeah. Exactly panas. No need to wear jacket anymore. Packed our nasi lemak, trifle, chips and drink.

To reach the exact picnic location which is down in the small jungle (?) we need to take a walk through the alley. And it was sooo beautiful ! Penuh dengan flowers. What make me even shock is I could see a lot of Queen Anne Lace here ! Look :


Ingat tak apa Fido cakap pada Hana dulu ?



Petikan dari Bab 14 : 13 Jam A380
“Maksud  you …. I  ni  symbol  peace ?” soal  aku  ragu-ragu. 


Dia  angguk.


“Peace  after  all  the  struggles … and  a   shelter  for  those  who  had  been  lost  for  so  long. You  are  like  a  sanctuary  but  being  shielded  by  a poppy’s  personality. Only  someone  with  a good  heart  will  do  what  you  are  doing,  Hana. Queen  Anne’s  Lace  is  a  symbolic  of  sanctuary, I bet  you  know  that.
 



Alhamdulillah, really enjoyed our picnic yesterday. Kadang dekat dengan alam buat kita kembali kepada fitrah yang suka mencari ketenangan. Hati dan jiwa terasa lebih tenang... One thing yang Eve suka dengan orang English is, dorang is not as materialistic as us. They are nature's lover....and...they appreciates their life and time.

We spend so much time to work, and mengejar keduniaan...but as for them, life is life. Pergi kerja habis kerja balik rumah. Went to PUB (public house) for a drink and catching up with friends on Friday night. Weekend is absolutely waktu untuk family. Jalan2 dgn anak isteri (if they have any). 

Right before reaching the waterfall (fake waterfall) jumpa this flowers. Pengsan ! Haha Eve suka bunga. So. You should know how excited I could be. lol


Tu, daun gerigi sebelah kanan tu sangatlahhhh gatal. Euu. Terkena sbb excited tengok bunga and amek pic. Sangatlah gatal tangan sampai malam. ergh. 

Jalan turun alley, samapi water fall sides :)  Feuh, sungguh meriah. Ma shaa Allah. Ya lah, kalau dalam setahun jarang2 dapat matahari, kalau sekali matahari keluar semua akan keluar untuk duduk bawah cahaya matahari tu. Eve sendiri pun suka berjemur. Nikmat org kata.haha


Belah ni sangat clandestine kan ;) Tengok sebelah satu lagi pula.hehe



 Dorang buat family day lah kot ni. I have no idea. but the kids areee cuuteee !!! 


Taking our spot. Silang kaki, terus hadap makanan. Haha. I was facing the sun since my other two friends takut burn but I dont really mind getting burn a bit. Rasa panas matahari bila dalam keadaan agak dingin macam ni...its so heavenly good guys ! ;)

And yeah since I couldnt see people behind me, I just listened to my friends' comments about those peeps. Look at those yang tengah baring right next to my shoulder. 4 British guys yang sangat lucu !

U might not be able to see them clearly (good for you, haha) sbb badan dorang putih so bila kena cahaya matahari and diambil gambar, u wont see anything pun from the picture. Anyway those guys. Dorang berempat - semua lelaki. Yang kelakar is, dorang macam berpakat, awal2 baring meniarap sama-sama sambil tongkat dagu perhatikan orang. Then sama2 baring pandang langit dengan kaki silang satu. I was like : What the hell ? Boyband apa ?



Enjoying life. Is part of the thing which they can do best. and yet I kinda like the idea. I mean no one like to be judged. And no one have the right to judge others ! Nobody care if you wear cheap clothing or you dont own a car here. People dont look at your appearance. We appreciates  beauty differently. and we appreciates human right highly.




Being here, I am very happy too. I used to do my undergraduate di Sheffield. Masa umur 20 sampai 24. Balik kerja dengan parent setahun, then gatal nak kerja as PTD so I quit helping with my family business. Then tertekan sebab as for me, my salary is not enough at that time. I mean, alhamdulillah rezeki Allah bagi sangat cukup, but utk saya, saya fikir saya boleh pergi lebih jauh dan dapat lebih baik dengan apa yang saya ada (You should analyze your potential and weakness every month). So before I reach 30, I decided to do my PhD, and it seems like its the best choice for me. Kenapa ? Sebab Allah izinkan ianya utk berlaku when I was 26. I have no intention in becoming a lecturer as my aim is to have my own consultant company. Doakan :)

And yes, in between 2 years di Malaysia. I can feel the pressure. Kos hidup. Dengan paying for my own house (tinggal sorang in my apartment) , for transportation. Harga rumah di Malaysia is ridiculous. So does harga kereta. Public transport was not any better. What choice do you have ? Once you step out of undergraduate title, u r set to have a lot of hutang. 

Hutang kawin. Hutang rumah. Hutang kereta. 

I was thaught by my ayah to ukur baju di badan sendiri and was advised not to make any loan. So the best thing is - why dont you buy a second hand car which you can pay cash ? Instead of buat loan and thight for 9 years ? Its all your choice. - but I basically borrowed kereta ayah :p

Baring-baring di lantai bumi was so peaceful and was so nice. Kalau di Malaysia ramailah yang akan sibuk tanya soal JODOH saya. Benda yang paling saya malas nak layan. Seriously. When my aunts asked, my mom would be the first person to answer it. She would proudly said :

Dia tak nak lagi. Banyak lagi yang dia nak dalam hidup selain kahwin.

Owh yeah, I love my mom. She understands me so much ! Like a best friend does ?  No. More than that. 

As a novelist mungkin people would think i am a hopeless romantic ? or anything close to that. but seriously, saya menulis sebab saya  takut dengan fenomena novel di Malaysia sebelum ini. Banyak perempuan heroine di bayangkan sebagai tidak berpelajaran. Jadi PA, jadi secretary, jadi amah, macam satu kunci utk kahwin dengan orang kaya. Pada saya, kenapa nak harapkan harta orang kalau kita sendiri boleh jadi kaya ?Being a PA/Secretary/Amah - seriously ? Your choice, again, but why be that when you can aim for better ? and why aim to marry a rich man so that you will become rich ? Be rich yourself ! 

Since this had become some what an  issue/ offensive for some people I will add my explanation here about what do I actually mean. Its a screen shot from the comment below.


( I touched about NOVEL PHENOMENON NOT HUMAN REAL LIFE AND REAL WORK or BE BELITTLING any jobs! And my concern and advise is to the teenagers/youngsters whom not yet have any job/career. It is not aimed for anyone who already have a stable career, family etc.  If you already have a stable job I cant really say ITS YOUR CHOICE, cause you are not facing any choice anymore (is it (?)) - you already MADE the DECISION.  I am fully aware that every of us have our own story. If the story plot (now I'm talking about NOVEL AGAIN, not anyone's REAL LIFE) is showing a woman/heroine with strong heart (no mater what kind of job she's having) its consider good to me, the thing which I'm against is when the heroine were weak. But after all its my personal preference. Many people loves telenovela which is is not my cup of tea, so basically we are open to MANY different opinion and taste. As much as you said I cant push you to love what I love and think the way I think (which I dont even push you to accept whatever I said) thats how much I might not be influenced or tolerate or bothered to change my opinion in storyline or principals). So PEACE yo.

Enough with my mumbo jumbo. but if you're a teenagers reading this, trust me, do well with your life. Dont aim for anything less. Never. Trust God. Allah have the POWER to grant all your wishes !

And to those whose being pressure about marriage. Stand up for yourself and have a principal. You know what you want better than others. Dont get married just to please others. That's sick.




Alhamdulillah, my heart do find peace here. Seriously do. Took a walk in the small forest before going home. 



Cantik kan bunga-bunga yang tumbuh atas tebing ni ? Banyak lagi pictures but ada pic Eve.hehe. Hence. Tayang yang mana tak ada saya di dalamnya :p



Before going home. Looking at all the houses here. I feel like bringing my parent to live with me....Saya menumpang mereka sedari kecil sampai lah ke usia sekarang, pelik kan bila dah besar macam ni susah betul nak jaga mak ayah. Nak bawa dan sara mereka. Ironic life. Doakan impian yang satu tu tercapai ya :)



And finally tengoklah one pack adik ni :p hehe. He greeted us right before we ride the car to go home.



Bye guys and till we meet again dalam Abang Pilot Part 2. Esok lusa kot :)Nak keluar minum tea at Tea Shop. Perasan so English lately.Hehe. Have a nice weekdays ahead and dont forget to appreciates your life. Dont let your work enslave you ! <3

Eve xx

.